Friday, April 23, 2010



SELOKA PILIHANRAYA HULU SELANGOR – 25 APRIL 2010

Melayu kita cuma ada satu
Tiada dua tiada tiga
Pemimpin PAS, PKR dan UMNO semuanya Melayu
Kenapa kita harus bersengketa?

Dulu Melayu setia bermuafakat
PAS juara agama, PEKEMBAR juara rakyat
Di bawah Perikatan kita bersahabat
Membina negara, bangsa dan umat

Perselisihan kecil titik permulaan
Melayu berpecah masing-masing haluan
Agama Islam menyuruh menghubungkan persaudaraan
Tetapi kita saling bertuduhan

Aku ahli PAS yang alim, engkau UMNO yang zalim
Tempatku syurga tempatmu neraka
Tidak sudi aku menyokong BN
Bagiku PKR dan DAP lah saudara yang tercinta

PAS kata nak perjuang agama
DAP kata mana boleh,Malaysia ini milik India dan Cina juga
PKR kata kalau nak selamat
mari kita main talam tiga muka
Dengan Melayu sokong Melayu,
dengan Cina sokong Cina, dengan India sokong India

Bersatulah mereka kononnya di bawah Pakatan Rakyat
Terpaksa senyum dan pegang tangan walaupun hati terasa kelat
PAS, DAP dan PKR tau ikatan mereka memang tak kuat
Sebab masing-masing lain-lain hajat, lain-lain niat

Tapi mereka kononnya bersatu
Sebab niat jahat menjatuhkan BN yang satu
Macam-macam fitnah dibuat melulu
Tak runtuh juga BN yang jitu

Kepada bangsaku inginku ingatkan
BN bukan tempat melampiaskan kemarahan
Marahkan pijat kelambu dibakar
Masa depan negara menjadi sukar

Silap sedikit undi pembangkang
Seolah BN tak pernah berjasa
Maka pembangkang pun ambil peluang
Atas sikap Melayu yang mudah lupa

Parti apa yang memperjuangkan merdeka?Parti apa yang mendaulatkan bangsa?
Parti apa yang menegakkan agama?
Parti apa yang mempertahankan raja?

Parti apa yang sukakan kekacauan?
Budaya fitnah dan tunjuk perasaan
Menganjurkan ceramah dan demonstrasi jalanan
Tak sudah-sudah membuat kekacauan

Kalau BN ada silap kesalahan
Buatlah teguran mengikut saluran
Jangan mengikut hati dan perasaan
Menjual undi kerana dendaman

Negara kita makmur merdeka
Pertahankan ia untuk anak-anak kita
Lihatlah wajah anak-anak yang bersih tidak berdosa
Jangan gadaikan masa depan mereka

Kembalilah semua ke pangkal jalan
Bersama merintis jalan perubahan
Undilah BN demi kesejahteraan
Malaysia kan gagah sepanjang zaman

No comments: