Friday, May 14, 2010
Monday, May 10, 2010
Gempar!!! Seramai 1700 ahli PKR Kedah yang berketurunan india telah berindak keluar parti dan join MIC
Gempar!!! Seramai 1700 ahli PKR Kedah yang berketurunan india telah berindak keluar parti dan join MIC..Tahniah utk BN Kedah. Tahniah BN kedah!! Tahniah UMNO Kedah.tahniah bloger gunung mat cincang. tak pernah kenal erti penat dan lelah, asyik dok kacau je mb azizan tu 24 jam. Semalam 1500 ahli PKR berketurunan india dari kedah telah keluar parti. depa masuk MIC. tsunami penolakan masyarakat india terhadap PKR di seluruh negara tak dapat dibendung lagi. Asal krisis apabila kes buah pala tercetus. video pembohongan kepala munafik melayu anwar attaturk yang terang-terang kencing orang india menjadi katalis penolakan mereka terhadap PKR. Signal penolakan ini telah diterjemahkan dalam keputusan prk dun bagan pinang. ada lonjakan kenaikan undi orang india sebanyak 40% telah dicatatkan di sana. Di susuli pula dengan keputusan prk parlimen hulu selangor. memang orang india telah kembali menyokong BN.
Saturday, May 8, 2010
Friday, May 7, 2010
SEPETANG MB DI TELOK MUROH
MB bersolat jumaat bersama warga Telok Muroh di
Masjid Sultan Idris Shah II pada 7 Mei 2010.
Selepas bersolat jumaat bersama penduduk, MB bertemu warga panglima tentera laut di Bowling Square TLDM Lumut.
Saturday, May 1, 2010
MAKLUMAN PENTING
Kepada Semua Warga UMNO Bahagian Lumut,
Dukacita dimaklumkan bahawa PUAN NURUL HAFIZAH BINTI UMAR, isteri kepada SAUDARA RAMLI BIN ZAKARIA (SUK UMNO BAHAGIAN LUMUT) telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Mei, 2010. Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Thursday, April 29, 2010
UMNO LUMUT CELIK IT
Selaras dengan perkembangan teknologi masakini, UMNO Lumut tidak ketinggalan dan sentiasa bergerak bersama kemajuan dalam arus perdana. UMNO Lumut kini sedang dalam cadangan untuk melancarkan Program UMNO Lumut Celik IT di mana Sekretariat Media Baru akan membantu membuka akaun e-mail bagi semua AJK Bahagian, Sayap-Sayap Bahagian, Ketua Cawangan dan Sayap-Sayap Cawangan.
Dengan pendekatan baru ini, UMNO Lumut berharap supaya semua warga UMNO Lumut akan mendapat lebih pendedahan supaya lebih peka kepada isu-isu semasa. Di samping mendapat makluman daripada akhbar harian, warga UMNO Lumut boleh mendapatkan maklumat daripada internet sebagai media alternatif yang lebih canggih.
Marilah kita bersama-sama bergerak maju selangkah ke hadapan - "KNOWLEDGE IS POWER"...
Wednesday, April 28, 2010
Sunday, April 25, 2010
BN MENANG DI HULU SELANGOR
Seperti yang diduga, BN Menang di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi - majoriti yang agak selesa bagi BN dalam keadaan Negeri Selangor diterajui oleh Pembangkang.. Tapi misi ini belum berakhir.. Ia akan berterusan lagi sehingga SELANGOR KEMBALI KE TANGAN BN..
Buat Pembangkang, kembalilah berpijak di bumi yang nyata.. Kemenangan besar pada tahun 2008 mungkin hanya satu tuah atau "stroke of luck" kata orang putih... Ia hanya satu fenomena semasa yang sementara sifatnya.. Selepas lebih 50 tahun merdeka, selepas melalui segala jerih-payah dan suka-duka, UMNO dan BN masih belum lelah untuk menerajui Malaysia, negara kita tercinta yang berdaulat dan merdeka..
TAHNIAH
Friday, April 23, 2010
BORAK PAK MAT LABUN
Salam kepada semua pembaca Blog UMNO Lumut, mudah-mudahan semuanya sejahtera dalam rahmat Illahi. Pertama-tamanya terima kasihlah kerana sudi menjenguk laman yang baru ni. kalau masuk aje ke laman ni, tak dapat tidak mesti terjumpa Pak Mat sebab Pak Mat memang penunggu setia ruangan Blog UMNO Lumut ni.
Dalam seminggu dua ni ramai orang yang sibuk ke Hulu Selangor, termasuklah orang Lumut. Hujung minggu ni Program UMNO Lumut pun agak sunyi nampaknya sebab memberi perhatian kepada perjuangan di Hulu Selangor. Mudah-mudahan menanglah hendaknya, insya-Allah. Pembangkang dah takde modal lagi - nak guna isu Kamalanathan orang kafir, hari tu PAS dah bekerjasama dengan DAP. Kalau Kamalanathan tu kafir zimmi, DAP tu kafir harbi - jadi, dah kantoi dah nak main isu tu.
Bila orang kata Zaid Ibrahim ada kuda lumba, PAS buat fatwa kata tak apa. Itu kisah lama dulu. Sekarang, Zaid dah taubat lepas dia pergi haji.. Ish,ish,ish, demikian mudahnya PAS mengeluarkan hukum demi kepentingan politiknya. Hari tu masa YB Dato Seri Nizar bertanding dengan Ismail Safian di Bukit Gantang, bukan main lagi dikeluarkan isu yang Ismail Safian suka ke Thailand. Sedangkan itupun cerita lama jugak. Demikianlah PAS, PKR dan DAP - selalu memutarbelitkan apa saja fakta yang boleh membawa keuntungan kepada mereka.
Kita boleh terima kalau DAP cakap pusing-pusing, sebab mereka didokong oleh kaum yang tidak mementingkan dosa dan pahala. PKR juga memang kita tau sering memutarbelitkan fakta dan kita tak heran sebab Anwar memang sanggup buat apa saja demi perjuangan dendam peribadinya. Tapi PAS ni dianggotai oleh tok-tok alim, yang kononnya sangat memberatkan agama.. Orang yang cakap di depan lain, di belakang lain tu munafiq sifatnya.. Idak begitu Ustaz??

Thursday, April 22, 2010
CAWANGAN UMNO BARU LUMUT DIBUKA - TAHNIAH!!!
Pada 19hb April 2010, satu cawangan UMNO Bahagian Lumut yang baru telah dengan rasminya dibuka dan satu Mesyuarat Khas telah diadakan sempena pembukaan tersebut. Cawangan baru yang ke-48 ini ialah Cawangan UMNO Bandar Baru Seri Manjung yang diketuai oleh Mohd Irfan bin Mohd, 25 tahun, yang mungkin merupakan di antara Ketua Cawangan paling muda dalam sejarah UMNO Bahagian Lumut. Malah, rata-rata keahlian cawangan tersebut sememangnya terdiri daripada para pemuda, puteri dan wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an.
Tahniah kepada Cawangan UMNO Lumut yang paling bongsu ini. Dengan semangat juang yang masih membara, ditambah pula dengan keanggotaan ahli yang rata-ratanya masih muda, Cawangan ini dijangka akan membawa dimensi yang baru ke dalam UMNO Bahagian Lumut. Sekali lagi ucapan sekalung tahniah untuk Cawangan Bandar Baru Seri Manjung. Kata orang Inggeris "Welcome to the Board" - semoga kewujudan anda bakal menjadi kebanggaan dan penyuntik semangat kepada keluarga UMNO Bahagian Lumut.
Mesyuarat Khas tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Sazali Md Amin (Setiausaha UMNO Bahagian), Encik Shahril Yahaya (Ketua Pemuda UMNO Lumut )
dan Hajjah Norainy Ihsan (Naib Ketua Wanita Lumut)
Tahniah kepada Cawangan UMNO Lumut yang paling bongsu ini. Dengan semangat juang yang masih membara, ditambah pula dengan keanggotaan ahli yang rata-ratanya masih muda, Cawangan ini dijangka akan membawa dimensi yang baru ke dalam UMNO Bahagian Lumut. Sekali lagi ucapan sekalung tahniah untuk Cawangan Bandar Baru Seri Manjung. Kata orang Inggeris "Welcome to the Board" - semoga kewujudan anda bakal menjadi kebanggaan dan penyuntik semangat kepada keluarga UMNO Bahagian Lumut.
Puan Sarina Hassan Basri (paling kanan) merupakan Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Seri Manjung
Puteri yang bakal bergerak bersama Puteri UMNO Bahagian Lumut
Tenaga Pemuda Cawangan Bandar Baru Seri Manjung yang diharapkan dapat membawa dimensi baru ke dalam UMNO Bahagian Lumut
Thursday, April 15, 2010
BEZA BN DAN PAS
BN | PAS |
Bila BN menang Pilihanraya, kita bersyukur dan berkhidmat untuk rakyat serta menjadi Juara Rakya Bila BN kalah pilihanraya kita redha dan buat "post mortem" (muhasabah) Kita percaya kuasa Allah Orang UMNO/BN jahat, tidak bermoral dan kotor Bina masjid untuk menaikkan syiar agama. Bayar gaji imam, bilal, siak dan sebagainya | Bila PAS/DAP/PKR menang pilihanraya, diorang Pakatan Rakyat yang tak sepakat – 3 ADUNnya lari menyebabkan UMNO dapat berkuasa kembali Bila PAS/DAP/PKR kalah pilihanraya, BN memang jahat, pakai undi hantu dan bagi rasuah Pembangkang percaya kuasa rakyat Apa cerita Bukit Lanjan? Isu balak di Kelantan? Rasuah PKR yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin? Bersihkah wakil rakyat pembangkang? Guna masjid kononnya untuk syarahan agama. Tapi penuh dengan fitnah, umpat dan dosa |
Monday, April 12, 2010
PROGRAM JUARA RAKYAT BERSAMA AGENSI KERAJAAN
MB Perak merasmikan Program Juara Rakyat Bersama Agensi-agensi Kerajaan di Batu 15 Lekir pada 3 April 2010.
MB turut menyampaikan replika kunci rumah PBR kepada penerima-penerima.
MB membantu Pemuda Umno Bahagian Lumut mengecat rumah seorang penduduk kampung yang dalam keadaan keuzuran.
Lambaian mesra seorang MB yang berjiwa rakyat.
Subscribe to:
Posts (Atom)