Thursday, April 29, 2010

UMNO LUMUT CELIK IT


Selaras dengan perkembangan teknologi masakini, UMNO Lumut tidak ketinggalan dan sentiasa bergerak bersama kemajuan dalam arus perdana. UMNO Lumut kini sedang dalam cadangan untuk melancarkan Program UMNO Lumut Celik IT di mana Sekretariat Media Baru akan membantu membuka akaun e-mail bagi semua AJK Bahagian, Sayap-Sayap Bahagian, Ketua Cawangan dan Sayap-Sayap Cawangan.


Dengan pendekatan baru ini, UMNO Lumut berharap supaya semua warga UMNO Lumut akan mendapat lebih pendedahan supaya lebih peka kepada isu-isu semasa. Di samping mendapat makluman daripada akhbar harian, warga UMNO Lumut boleh mendapatkan maklumat daripada internet sebagai media alternatif yang lebih canggih.


Marilah kita bersama-sama bergerak maju selangkah ke hadapan - "KNOWLEDGE IS POWER"...

Wednesday, April 28, 2010

'Saya terima RM4 juta'

TAHNIAH!!!! Kerana anda telah pun mendapat bayaran daripada PAS sebanyak RM4 juta. Ingin diingatkan supaya jangan lupa bayar zakat kerana duit tu dari parti islam.......

Sunday, April 25, 2010

BN MENANG DI HULU SELANGOR


Seperti yang diduga, BN Menang di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi - majoriti yang agak selesa bagi BN dalam keadaan Negeri Selangor diterajui oleh Pembangkang.. Tapi misi ini belum berakhir.. Ia akan berterusan lagi sehingga SELANGOR KEMBALI KE TANGAN BN..


Buat Pembangkang, kembalilah berpijak di bumi yang nyata.. Kemenangan besar pada tahun 2008 mungkin hanya satu tuah atau "stroke of luck" kata orang putih... Ia hanya satu fenomena semasa yang sementara sifatnya.. Selepas lebih 50 tahun merdeka, selepas melalui segala jerih-payah dan suka-duka, UMNO dan BN masih belum lelah untuk menerajui Malaysia, negara kita tercinta yang berdaulat dan merdeka..


TAHNIAH

Friday, April 23, 2010



SELOKA PILIHANRAYA HULU SELANGOR – 25 APRIL 2010

Melayu kita cuma ada satu
Tiada dua tiada tiga
Pemimpin PAS, PKR dan UMNO semuanya Melayu
Kenapa kita harus bersengketa?

Dulu Melayu setia bermuafakat
PAS juara agama, PEKEMBAR juara rakyat
Di bawah Perikatan kita bersahabat
Membina negara, bangsa dan umat

Perselisihan kecil titik permulaan
Melayu berpecah masing-masing haluan
Agama Islam menyuruh menghubungkan persaudaraan
Tetapi kita saling bertuduhan

Aku ahli PAS yang alim, engkau UMNO yang zalim
Tempatku syurga tempatmu neraka
Tidak sudi aku menyokong BN
Bagiku PKR dan DAP lah saudara yang tercinta

PAS kata nak perjuang agama
DAP kata mana boleh,Malaysia ini milik India dan Cina juga
PKR kata kalau nak selamat
mari kita main talam tiga muka
Dengan Melayu sokong Melayu,
dengan Cina sokong Cina, dengan India sokong India

Bersatulah mereka kononnya di bawah Pakatan Rakyat
Terpaksa senyum dan pegang tangan walaupun hati terasa kelat
PAS, DAP dan PKR tau ikatan mereka memang tak kuat
Sebab masing-masing lain-lain hajat, lain-lain niat

Tapi mereka kononnya bersatu
Sebab niat jahat menjatuhkan BN yang satu
Macam-macam fitnah dibuat melulu
Tak runtuh juga BN yang jitu

Kepada bangsaku inginku ingatkan
BN bukan tempat melampiaskan kemarahan
Marahkan pijat kelambu dibakar
Masa depan negara menjadi sukar

Silap sedikit undi pembangkang
Seolah BN tak pernah berjasa
Maka pembangkang pun ambil peluang
Atas sikap Melayu yang mudah lupa

Parti apa yang memperjuangkan merdeka?Parti apa yang mendaulatkan bangsa?
Parti apa yang menegakkan agama?
Parti apa yang mempertahankan raja?

Parti apa yang sukakan kekacauan?
Budaya fitnah dan tunjuk perasaan
Menganjurkan ceramah dan demonstrasi jalanan
Tak sudah-sudah membuat kekacauan

Kalau BN ada silap kesalahan
Buatlah teguran mengikut saluran
Jangan mengikut hati dan perasaan
Menjual undi kerana dendaman

Negara kita makmur merdeka
Pertahankan ia untuk anak-anak kita
Lihatlah wajah anak-anak yang bersih tidak berdosa
Jangan gadaikan masa depan mereka

Kembalilah semua ke pangkal jalan
Bersama merintis jalan perubahan
Undilah BN demi kesejahteraan
Malaysia kan gagah sepanjang zaman

BORAK PAK MAT LABUN

Salam kepada semua pembaca Blog UMNO Lumut, mudah-mudahan semuanya sejahtera dalam rahmat Illahi. Pertama-tamanya terima kasihlah kerana sudi menjenguk laman yang baru ni. kalau masuk aje ke laman ni, tak dapat tidak mesti terjumpa Pak Mat sebab Pak Mat memang penunggu setia ruangan Blog UMNO Lumut ni.

Dalam seminggu dua ni ramai orang yang sibuk ke Hulu Selangor, termasuklah orang Lumut. Hujung minggu ni Program UMNO Lumut pun agak sunyi nampaknya sebab memberi perhatian kepada perjuangan di Hulu Selangor. Mudah-mudahan menanglah hendaknya, insya-Allah. Pembangkang dah takde modal lagi - nak guna isu Kamalanathan orang kafir, hari tu PAS dah bekerjasama dengan DAP. Kalau Kamalanathan tu kafir zimmi, DAP tu kafir harbi - jadi, dah kantoi dah nak main isu tu.

Bila orang kata Zaid Ibrahim ada kuda lumba, PAS buat fatwa kata tak apa. Itu kisah lama dulu. Sekarang, Zaid dah taubat lepas dia pergi haji.. Ish,ish,ish, demikian mudahnya PAS mengeluarkan hukum demi kepentingan politiknya. Hari tu masa YB Dato Seri Nizar bertanding dengan Ismail Safian di Bukit Gantang, bukan main lagi dikeluarkan isu yang Ismail Safian suka ke Thailand. Sedangkan itupun cerita lama jugak. Demikianlah PAS, PKR dan DAP - selalu memutarbelitkan apa saja fakta yang boleh membawa keuntungan kepada mereka.

Kita boleh terima kalau DAP cakap pusing-pusing, sebab mereka didokong oleh kaum yang tidak mementingkan dosa dan pahala. PKR juga memang kita tau sering memutarbelitkan fakta dan kita tak heran sebab Anwar memang sanggup buat apa saja demi perjuangan dendam peribadinya. Tapi PAS ni dianggotai oleh tok-tok alim, yang kononnya sangat memberatkan agama.. Orang yang cakap di depan lain, di belakang lain tu munafiq sifatnya.. Idak begitu Ustaz??

Thursday, April 22, 2010

CAWANGAN UMNO BARU LUMUT DIBUKA - TAHNIAH!!!

Pada 19hb April 2010, satu cawangan UMNO Bahagian Lumut yang baru telah dengan rasminya dibuka dan satu Mesyuarat Khas telah diadakan sempena pembukaan tersebut. Cawangan baru yang ke-48 ini ialah Cawangan UMNO Bandar Baru Seri Manjung yang diketuai oleh Mohd Irfan bin Mohd, 25 tahun, yang mungkin merupakan di antara Ketua Cawangan paling muda dalam sejarah UMNO Bahagian Lumut. Malah, rata-rata keahlian cawangan tersebut sememangnya terdiri daripada para pemuda, puteri dan wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an.

 Mesyuarat Khas tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Sazali Md Amin (Setiausaha UMNO Bahagian), Encik Shahril Yahaya (Ketua Pemuda UMNO Lumut ) 
dan Hajjah Norainy Ihsan (Naib Ketua Wanita Lumut)
 
Tahniah kepada Cawangan UMNO Lumut yang paling bongsu ini. Dengan semangat juang yang masih membara, ditambah pula dengan keanggotaan ahli yang rata-ratanya masih muda, Cawangan ini dijangka akan membawa dimensi yang baru ke dalam UMNO Bahagian Lumut. Sekali lagi ucapan sekalung tahniah untuk Cawangan Bandar Baru Seri Manjung. Kata orang Inggeris "Welcome to the Board" - semoga kewujudan anda bakal menjadi kebanggaan dan penyuntik semangat kepada keluarga UMNO Bahagian Lumut.


Puan Sarina Hassan Basri (paling kanan) merupakan Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Seri Manjung












 Puteri yang bakal bergerak bersama Puteri UMNO Bahagian Lumut


Tenaga Pemuda Cawangan Bandar Baru Seri Manjung yang diharapkan dapat membawa dimensi baru ke dalam UMNO Bahagian Lumut

Thursday, April 15, 2010

BEZA BN DAN PAS


BN
PAS
Bila BN menang Pilihanraya, kita bersyukur dan berkhidmat untuk rakyat serta menjadi Juara Rakya


Bila BN kalah pilihanraya kita redha dan buat "post mortem" (muhasabah)

Kita percaya kuasa Allah


Orang UMNO/BN jahat, tidak bermoral dan kotor



Bina masjid untuk menaikkan syiar agama. Bayar gaji imam, bilal, siak dan sebagainya


 
Bila PAS/DAP/PKR menang pilihanraya, diorang Pakatan Rakyat yang tak sepakat – 3 ADUNnya lari menyebabkan UMNO dapat berkuasa kembali

Bila PAS/DAP/PKR kalah pilihanraya, BN memang jahat, pakai undi hantu dan bagi rasuah

Pembangkang percaya kuasa rakyat


 Apa cerita Bukit Lanjan? Isu balak di Kelantan? Rasuah PKR yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin? Bersihkah wakil rakyat pembangkang?

Guna masjid kononnya untuk syarahan agama. Tapi penuh dengan fitnah, umpat dan dosa

Monday, April 12, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT BERSAMA AGENSI KERAJAAN


MB Perak merasmikan Program Juara Rakyat Bersama Agensi-agensi Kerajaan di Batu 15 Lekir pada 3 April 2010.

MB turut menyampaikan replika kunci rumah PBR kepada penerima-penerima.


MB membantu Pemuda Umno Bahagian Lumut mengecat rumah seorang penduduk kampung yang dalam keadaan keuzuran.


Lambaian mesra seorang MB yang berjiwa rakyat.